Thursday, August 26, 2010

Mission #12 : Buat Design?! bior betul??

Petang tuh, dalam kol 4.15, dah dekat2 nak balik...tetiba bos panggil. Mai jap. ade sket nak bincang...

sekali bos soh propose design structure untuk satu sistem ni, procure dan publish tender kat website company aku. Adeh, terkezut jugak mulo2 tuh.. aku yg chief machai ni kena wat kerja2 someone above my level. Yepp, aku biasa guna sistem SAP untuk raise PR, PO and advertise tender dalam e-procurement ni, tapi idok ler sampai kena rensonsible sesuatu task seorang diri especially bab2 designing ni.. aku bukan mechanical designer. Hahaha.. Chief Machai je...

Off course the other team member akan bantu later on kan? hahaha...think positive, think positive.. dan aku start pun sedikit perbincangan dgn several team member tadi pagi dan hasilnya memberansangkan jugak idea2 yg timbul dari kawan aku ni. Tapi macam biasalaa, dia tanak take credit, nnt kena join this project pulak katanya. Dia dah ade project sendiri...

So, hopefully aku leh come out dgn satu-dua design yg boleh dipropose kat bos hasil dari idea-idea yg timbul semasa perbincangan tadi. Hahaha

Gammbatte Kudasai...

Go go go go

Tuesday, August 24, 2010

Mission # 11 : Friendly match against the DADs

LOL,

Recently, i've been invited by Mr Kamal, for a friendly match against the DADs team. Who the heck were them? lol.. i had no clue... the game will be set in a week or two after hari raya and hopefully my team will take the challenge.

The interesting part is, according to Mr Kamal, we will play against the veterans of football team (see attached photo). He said we should easily beat this veteran team. They are all over 40 and 50 years of age, slow, heavy and aging... really aaa?



Hahaha... that's strange. However do not under estimate them. Veteran yes, but i'm sure there will be lot of surprise.

Good Luck Dragons!

Monday, August 16, 2010

Mission # 10 : Court Volleyball

Hi,

ok, bunyik macam mencabar je, tapi tempoh hari kawan aku dah approach bahagian PO, dia akan come out dgn proposal kat mana tempat yg sesuai untuk membina gelanggang bolatampar kat opis aku ni. Tak laa hi-end sangat, cukup2 je laa untuk main petang2.

Maka, sesi ukur mengukur pun telah pun dijalankan. Maka dengan itu diputuskan court akan dibuat di loading area. Sehubungan itu, jika approved, 2-3 parking lot terpaksa 'dikorbankan'. Jalan akan disemen dan dinaikkan sedikit agar satu level dengan divider jalan.

Huermm, macam menarik je progress ni, harap2 bahagian PO akan approved laa. Nnt boleh laa cipta gerakan maut macam spike berkembar je, spike tanpa bayang dan sommersault bergulung, Hahahahaha...

Bak kata :

Nike : Just Do it.
Adidas : Impossible is Nothing
Mr. Mark : I Can Do!

Hahahaha

go go go go!

Friday, August 13, 2010

Mission # 5 : Playing Darkcurse (Renew)

Guys, alpha server will be reset soon. So here is your chance to become a pioneer again once beta server open. Please read announcement from game developer

Alpha Ending Reminder
08/12
This is a reminder that this version of Dark Curse will be coming to an end on Friday evening.

New Server Notes:

1. We plan to shut down attacking, training, turns, and rankings around 23:59 DC time on Friday.

2. On Saturday, players will have access to the forum, settings, and messaging. During this time any players interested in changing their race should reset their account. Players will not have a race selection option when the Beta version opens. You MUST manually reset on Saturday or Sunday morning.

3. On Saturday and Sunday we will be updating this server to the latest Beta version. We plan to open the game for attacking around 12:00 DC time on Sunday afternoon.

4. Name change requests will be accepted for the next 48 hours.

5. If you have not read it already, read the change log and frequently asked questions posted in the news below.

6. Any additional questions should be submitted to the support center. Status updates and answers to questions will be posted over the next 48 hrs.


Here is my referral link if interested : http://www.darkcurse.com/referral/A0OA0OF1OF1

Mission # 9 : Moh kita pose ramadhan

yessss,

syukur, akhirnya bulan yg dinanti-nanti muncul. Marhaban ya ramadhan.
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan berkesempatan menjaya puasa tahun ini..

Go, selesaikan

mission anda : 30 hari berpuasa
bonus : terawih 8+1
super bonus : 20+3

go go go go


Thursday, August 5, 2010

Something to think about...

source : http://drmaza.com/home/

Ke mana pergi subsidi kami?

Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jul 20, 10 12:24pm

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Wednesday, August 4, 2010

Mission # 8 : Jom pegi gym

fuuhh,

Tanpa kusedar, aku telah melakukan 30 minit kayuhan basikal di gym. syok pulak rasanya, oh yea lupa nak bagitau, gym kat opis aku baru bukak. Ok laa barang2 basic je, angkat berat, mill, basikal, ngan 1 multi station. Heurrmmm... cermin je tadek ek, boleh laa nengok muka yg poyo masa work out tuh.. koh koh koh koh.

Tuh pun pasang lagu kat hand phone, baru leka skett. Aku pasang lagu yg sedikit heavy cam alexandaer the great, 7th son of the 7th son and perfect stranger, yeah old school rock, Deep Purple and Iron Maiden.

Tetiba, semalam dpt email dari pengurus gym.

"Assalammulaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman, kerja pemasangan kemudahan gymnasium belum lagi lengkap sepenuhnya oleh pihak pembekal.
Kemudahan gymnasium masih tidak boleh digunakan lagi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sehubungan itu kemudahan gymnasium ditutup buat sementara waktu.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian,

Dato' Seri Azrun
b/p Presiden Kelab"

BOOOOOOORRRIIIINNGGGGGG!